Kelas Menaip Karangan Bahasa Melayu
30 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2017, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas menaip karangan bahasa Melayu bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan. Kelas ini bertujuan untuk melatih para pelajar menggunakan Microsoft Word secara lebih cekap dan berkemahiran seterusnya dapat meminimakan kesalahan ejaan dan memperbetulkan penggunaan simbol-simbol yang lain yang terdapat di dalam Microsoft Word.
Pada permulaannya, peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Seterusnya, peserta diberi latihan berpandukan laman web bagi memudahkan mereka menaip dengan cepat dan menambahbaik kemahiran menaip masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: